Posting viral? Apa tu?

Posting (benda yang anda post) + viral (merebak macam virus+sangat berjangkit)

Perkara ini yang anda inginkan bukan? Tambah-tambah pulak anda seorang peniaga online. Percayalah, setiap posting anda boleh jadi viral di facebook. Cuma kena tahu trick nya sahaja.

Dalam internet marketing, 'like' dan 'komen' yang berpusu-pusu masuk ini boleh dikira sebagai 'trafik duit'. Makin banyak trafik yang masuk, makin tinggi peluang untuk anda buat duit.

Terdapat beberapa tips macam mana nak bagi posting viral. Untuk entri kali ini, posting anda kan viral apabila:
  • Terdapat interaksi dari segi 'like' dan 'komen'. Makin ramai orang yang like atau komen posting anda, peluang anda untuk promote page anda atau jual produk anda adalah tinggi. Ini di sebabkan, apabila ali like atau komen posting anda, kawan-kawan ali (ada 2350 orang) pun akan nampak ali like, so secara automatiknya, posting tadi akan merebak di kalangan 2350 orang rakan ali pulak..dan seterusnya. Cuba bayangkan ada 324 orang yang like atau komen, dan setiap orang mempunyai at least 1000 rakan..sekelip mata je 324000 orang akan nampak posting anda. Best kan?
Walaubagaimanapun, bukan senang untuk create posting yang berbentuk viral macam ni. anda kena bijak untuk 'mengarah' orang untuk komen atau like.

Contoh paling mudah kat sini, just cari something yang interesting di internet and post di facebook. Once public sukakan posting tersebut dan ada elemen "cue of action" macam kat bawah ni, definitely mereka akan like.


Contoh lain, macam gambar di bawah ini. Di atas posting image tersebut, anda mintak pendapat mereka" apa pendapat korang kalau aku suggest idea ni dekat wakil rakyat kita?" (contoh yang gila sikit). Tapi lebih kurang macam ni lah caranya. Selamat mencuba!