7 Sebab Anda Perlu Menjual di Shopee


Betul ke anda belum ada akaun shopee lagi? Kalau belum ada, saya harap selepas anda baca posting anda terus create akaun shopee ok!

KENAPA SAYA BUKA AKAUN SHOPEE?

Saya pun macam anda dulu, seorang online seller dan masih aktif menjual. Sebelum ni mostly saya menggunakan facebook dan mudah.my untuk mengiklankan produk. Sales? Alhamdulillah ok. Cuma takde lah hari-hari. Tapi trend jualan berubah bila saya start menjual di Shopee.

Apa yang membuatkan saya berminat untuk buka akaun shopee? Secara jujurnya, saya tertarik bukan sebab nak menjual tapi nak membeli barang. Shopee menawarkan produk-produk yang menarik dan harga pula agak murah. Time tu nak dapat free shipping pun rendah. Shopping minimum RM30 dah layak. Zaman tu tak perlu nak pilih voucher code free shippping masa nak check out, semua automatik.

Ramai yang bertanya, susah ke bang menjual di Shopee?

Nak tahu senang ke susah, cuba jadi pembeli di shopee. Baru anda akan tahu. Bagi saya yang pernah menjual di platform ecommerce yang lain seperti Lazada, 11street, Lelong.my, buat masa ni Shopee paling mudah nak urus. Prosesnya agak simple dan straight forward.

So kat sini saya nak kongsikan 7 sebab kenapa anda perlu start menjual di shopee.

1. PERCUMA & SISTEM YANG MUDAH

Shopee tak kenakan apa-apa bayaran untuk mendaftar. Even kalau anda takde SSM pun boleh menjual. Tapi kalau ada SSM lagi la bagus kan. Lagi satu, sistem yang mesra pengguna, tak kira anda sebagai pembeli atau penjual. Tak percaya? Cubalah sendiri. Anda boleh mula untuk bukak akaun sekarang. Buka akaun Shopee : Di sini

Grab RM7 diskaun pada pembelian pertama. Jika anda belum pernah membeli di shopee, anda hanya perlu install shopee apps di Google Playstore untuk tebus diskaun RM7 tersebut. Selepas anda install, boleh lah bershopping dan masa nak check-out, masukkan code ini ERGOM222

2. LUBUK SUPPLIER DAN DROPSHIP

"Saya takde produk, nak jual apa di shopee...

Dalam shopee sendiri terdapat beribu supplier yang memang get ready untuk terima anda jadi dropship mereka. Anda hanya perlu cari mereka di sana. Susah tak nak cari supplier dalam shopee? Tak susah, senang sangat! Bila dah jumpa, boleh buat dropship je.

Dropship

Tak perlu keluar modal. Deal dengan supplier. Anda promotekan produk supplier di kedai anda. Bila ade order, submit order pada supplier, nanti mereka yang hantar barang. Anda just tunggu duit untung masuk.

3. FUNGSI MARKETING

Dalam akaun shopee anda, ada banyak fungsi-fungsi marketing yang menarik yang telah disediakan.  Customer suka diskaun kan? Anda bagi tag diskaun pada paparan produk anda confirm ada yang berminat untuk membeli. Nak bagi voucher untuk limited time? Nak guna iklan berbayar My Ads? Boleh...Semua fungsi ni ada di bahagian marketing. Anda just perlu explore dan guna untuk meningkatkan jualan.

4. FREE SHIPPING

Tahukah anda Shopee merupakan satu-satunya edagang yang offer free shipping kepada pembeli? Seperti apa yang dipraktikkan sekarang, shopee akan bagi *free shipping jika customer beli barang dengan nilai minimum RM40. Sometimes bila shopee buat promosi (actually selalu sangat), minimum purchase RM8 pun boleh dapat free shipping!

Satu lagi, customer suka kalau kedai anda ade logo lori hijau free shipping ni. Lagi ligat mereka nak membeli. Yelah, free shipping kot! Sape taknak berjimat. Selama ni customer kena bayar RM8-RM10 untuk postage, membeli di kedai anda mereka tak dikenakan apa-apa charge.

Once akaun shopee anda dah daftar free shipping program, secara tak langsung, kedai anda dah ade tarikan pada pembeli

Daftar shopee free shipping program : Klik di sini

5. MESRA SMARTPHONE

Anda boleh upload produk dan pantau kedai shopee anda hanya melalui phone. Boleh tengok sales atau respon chat dari pelanggan di station bus, dalam kelas, toilet dan dimana sahaja. Asalkan phone anda ade bateri.

6. PELANGGAN "READY STOCK"

Setiap bulan ada 20 juta pelawat ke website atau apps shopee. Kira-kira secara purata ada 600k pelawat sehari. Analoginya macam ni:

Ade sebuah supermarket baru bukak di kawasan rumah anda. Berduyun-duyun orang pergi membeli-belah kat situ setiap hari. Supermarket tu offer kat anda bukak kedai secara percuma tanpa kena sewa tapak. Anda rasa, anda akan rebut tak peluang ni?

7. TAK PERLU REPLY WHATSAPP

Shopee ni berkonsepkan edagang atau ecommerce. So segala order atau transaksi pembayaran berlaku secara automatik. So anda dah tak perlu lagi susah payah untuk whatsapp customer, buat follow up, dan close sales.Tugas anda just proses je order kepada supplier dan tunggu duit masuk ke shopee wallet anda. Jimat masa dan tenaga.

Ade satu fungsi dalam shopee, nama dia chat. Chat ni disediakan untuk tujuan interaksi diantara anda dan pelanggan. Shopee juga sediakan auto respon untuk customer yang chat dengan anda. So at least takde lah customer tertunggu-tunggu anda reply. Bagus kan?

Take it, or leave it.

Post a Comment

0 Comments