Cara Upload Produk di Shopee

Susah ke bang nak upload produk? Kedai lain saya tengok beribu!

Ok. Ini antara part yang agak memakan masa. Tapi bukan susah pun nak dibuat. Cuma anda perlu luangkan sedikit masa untuk cari maklumat produk, gambar dan sedikit kira-kira.

Untuk upload produk di shopee, anda boleh buat via phone dan laptop/pc. Terpulang kepada cara masing-masing. Macam saya, lebih mudah guna phone sebab semua info produk yang saya jual memang dah ada siap-siap dalam folder khas.

So jika anda nak guna phone untuk upload produk, simpan semua info pasal produk especially gambar-gambar dalam satu folder khas dalam gallery. Bila dah ada semua, senang dan cepat proses nak upload.

Let say, anda dah ada produk yang nak dijual kan. Sekarang klik pada Shopee app. Saya anggap anda dah download shopee app dari Google Play Store atau App Store. Disebabkan saya pengguna android, saya akan terangkan based on saya punya phone la ye.

DALAM SHOPEE APP

  1. Klik pada bahagian Me
  2. Add New Product 
  3. Nanti dia tanya "Add produk from...". Kalau anda dah simpan dalam gallery, pilih la photo. Kalau sebelum ni dah biasa menjual di instagram, boleh pilih je gambar dari akaun instagram anda. Untuk cover photo tu, pilih la gambar yang ada umph! sket ye.
  4. Isi nama produk, description, category produk, harga, stock, variation jika ada, berat, condition, kos shipping, pre-order atau tidak
  5. Siap upload satu produk
Ini lah antara steps atau proses untuk upload produk di kedai shopee anda. Tak rumit mana kan? Take your time. Jangan risau pun kalau kedai shopee anda ade produk 2-3 ketul. Saya ada kenalan yang kedai shopee beliau ada 3 produk je, jualan puluhan ribu. Kalau anda jenis yang rajin dan konsisten, boleh rujuk teknik 1-20-600.

TIPS UPLOAD PRODUK DI SHOPEE

  • Anda just pilih je 3-9 gambar yang paling terbaik untuk di upload dalam kedai.
  • Letak nama produk yang relevan.
  • Copy and paste maklumat produk di bahagian description.
  • Jangan lupa letak #hashtag sekali. 
Saya doakan agar anda mampu upload produk dengan jayanya! Jika anda penat untuk buat secara manual, ada cara yang lebih pantas untuk upload produk ke shopee iaitu dengan teknik "sync". Fungsi sync ni terdapat pada beberapa company yang membuat khidmat dropship di Malaysia. Antara yang popular adalah Kumoten. Boleh rujuk artikel berkenaan kumoten seperti di bawah.

[Dropship dengan Kumoten ##eye##]

Post a Comment

0 Comments