Oleh yang demikian, panduan ini disediakan bagi membantu pengguna agar lebih berhemah dalam penggunaan air untuk aktiviti sehari di sepanjang hari. Semoga bermanfaat!
1. Wudhu'
Amalkan guna sebotol air mineral sahaja ketika wudhu' seperti yang diajarkan kepada jemaah haji ketika di Mina. Boleh wudhu' 1 kalio sahaja bagi setiap anggota dengan syarat yakin bahawa air sampai ke anggota wudhu' dengan sempurna. Caranya, air diletak di atas tapak tangan dan diratakan keseluruh anggota wudhu'.
Ketiadaan/kekurangan air dianggap darurat. Maka dibolehkan bagi yang tidak ada masalah kesihatan menghimpunkan solat dlm 1 wudhu'. Contoh zohor dengan 'asar. Maghrib dengan isyak. Hanya perlu dijarakkan masanya antara 1jam atau yang mampu.
2. Masak
Sediakan masakan yang boleh disimpan untuk hari-hari tersebut. Hanya perlu dipanaskan atau ditambah isinya. Menyimpan makanan yang mudah dimasak ketika kekurangan air seperti sardin, maggi dan yang sesuai dengannya. Jika ayam, ikan dan lain-lain yang hendak digoreng hendaklah dicuci dan siap dirempahkan sebelum disejuk bekukan. Sayur dicuci tanpa dipotong sebelum disimpan. Rempah seperti bebawang dan cili dicuci sebelum disimpan.
3. Makan
Gunakan pinggan yang dilapik dengan plastik/ daun. Selesai makan hanya perlu buang plastik dan daun sahaja. Sudu/ garfu juga boleh guna yang pakai buang.
4. Sediakan air kosong yang secukupnya untuk minum
5. Tandas
Perlu ingat kembali pelajaran beristinja' untuk menjimatkan air. Jika tidak tahu, maka perlu sediakan air secukupnya untuk bersuci kerana ia perkara penting yang melibatkan ibadah solat. Pastikan tidak guna air mustakmal ketika bersuci.
6. Mandi
Berusaha mandi dengan 1 baldi besar air sahaja. Letak ditempat yang tidak terkena percikan air yang kotor ketika mencuci anggota badan. Cara mandi, basahkan badan, sabunkan dan gosok rata2. Gosok gigi dengan seceduk air. Setelah selesai jiruslah seluruh badan dengan sempurna.
7. Penjimatan air
Elakkan melakukan kerja2 yang guna banyak air dalam tempuh berkenaan. Tumpukan penggunaan air kepada perkara perlu dan jangan sampai menjejaskan ibadah solat.
Sekiranya diri kita mampu membiasakannya dengan mengamalkan panduan yang baik, maka dapat mengurangkan bebanan ketika ketiadaan air. Jangan sesekali mengeluh dengan menyalahkan keadaan. Sebaliknya kita diajarkan supaya beringat bahawa air amat berharga dalam kehidupan.
Bersyukurlah hanya diberi 4 hari sahaja tanpa air.
Semoga panduan yang dikongsikan ini dapat memberi manfaat yang berguna kepada anda semua.Sekian
Sumber: Orang Baik Hati di Whatsapp
1 Comments
Terima kasih atas tips yang diberikan. Semoga terus maju
ReplyDelete