Cara Guna Maybank E-Wallet MAE

Maybank Anytime, Everyone (MAE) Maybank e-wallet
Maybank Anytime, Everyone (MAE) - Maybank e-wallet
Maybank Anytime, Everyone (MAE) merupakan e-wallet pertama oleh Maybank bagi memudahkan aktiviti trasaksi perbankan anda. Keistimewaan MAE adalah ia boleh digunakan oleh semua orang walaupun anda bukan pemilik akaun Maybank. Jom kita lihat ciri baharu e-wallet ini.

CIRI-CIRI MAE MAYBANK E-WALLET


Pembayaran Menerusi QR Code

Cashless! Lepas ni anda hanya perlu scan QR Code je untuk membuat pembayaran. Tapi pastikan ada duit di dalam akaun Maybank ye! Sebelum tu, sila lakukan tetapan atau setting untuk tetapkan had limit transaksi.

Cara Setting Had Limit Transaksi

  • Klik logo M di bahagian bawah sebelah kanan 
  • Pilih akaun atau kad kredit untuk QRPAY
  • Tekan Agree & Proceed
  • Tetapkan limit penggunaan untuk QRPAY

Penetapan had limit transaksi MAE Maybank E-Wallet
Penetapan had limit transaksi MAE Maybank E-Wallet

Cara Buat Pembayaran Menggunakan MAE

Langkah 1: Pilih “Money Out” kemudian pay with QR

Money out dan pilih Pay with QR
Money out dan pilih Pay with QR

Langkah 2: Imbas QR code

scan qrcode for cashless payment
Kredit gambar: Lowyat.net

Langkah 3: Masukkan nilai yang ingin di bayar

Pembayaran menggunakan QR Code
Kredit gambar: ering | Pembayaran menggunakan QR Code

Langkah 4: Kemudian transaksi sudah berjaya

Split Bill - Bayar Asing-Asing

Pasti anda selalu mendengar ayat ini

kau bayarlah dulu, nanti aku bayar balik, tak ada cash ni

Namun akhirnya, anda sahaja yang membayar bil tersebut. Namun itu boleh ditangani melalui MAE. Anda boleh membahagikan wang pembayaran bersama rakan atau kenalan anda.

Menerusi ciri ‘Split Bill’ ini, rakan anda akan mendapat notifikasi pembayaran. Ia sekaligus akan memaksa rakan anda untuk membayar bill tersebut.

Cara Guna Split Bill
  • Anda perlu klik pada money in
  • Pilih Split Bill
  • Pilih rakan yang anda ingin berkongsi pembayaran bil tersebut.

Pembayaran secara split bill mae maybank
Pembayaran secara split bill

Anda boleh melakukan pembayaran sama ada secara sama rata (equally) atau berasingan (separately). Bagi separately, anda boleh memasukkan nilai yang ingin dibahagikan antara teman anda.

Separately -Split Bill MAE Maybank
Kiri: Equally dan Kanan: Separately -Split Bill MAE Maybank

Pelbagai Fungsi

Antara fungsi lain yang disediakan di dalam MAE Maybank
Antara fungsi lain yang disediakan di dalam MAE Maybank

Anda juga melakukan pelbagai transaksi lain seperti membayar guna QRPay, membayar bil, menghantar duit, melakukan tambah nilai pada prepaid, membeli tiket wayang dan membeli tiket kapal terbang. So update Maybank apps sekarang untuk nikmati kemudahan MAE. Selamat mencuba!

Sumber: ering
Editor: Tukang Taip

Post a Comment

0 Comments