Disangka Bau Mayat, Rumah Diserbu Polis Lepas Bakar Belacan

rumah pelajar diserbu polis

Apabila menetap di luar negara, nafsu makan sudah tentu membuak-buak dan mengidam terhadap masakan Melayu terutamanya makanan tradisional.

Mahu atau tidak, terpaksa gigihkan diri untuk memasak dengan bahan diimport dari Malaysia kerana sukar untuk mencari restoran yang kena dengan ‘anak tekak’ masing-masing.

Baru-baru ini seorang pemuda, Zulfo Mahadi menceritakan kembali kenangan dimana kawan isterinya yang teruja mendapat belacan ketika menetap di Perancis di laman sosial Twitter.


Namun apartment kawan isterinya diserbu pihak polis selepas menerima aduan daripada jiran gara-gara membakar belacan untuk membuat sambal.

Lebih melucukan apabila aduan berkenaan dilakukan kerana didakwa terhidu bau mayat dari dalam rumah kawan isterinya itu.

Posting tersebut mengundang perhatian netizen sehingga menjadi tular di Twitter yang rata-rata terhibur dengan insiden berkenaan apabila bau belacan disamakan dengan busuk mayat.

lawak bakar belacan disangka mayat

bangsa twitter buat lawak isu belacan

Menurut rakan admin yang pernah membawa belacan ketika ekspidisi mendaki gunung di Nepal, belacan memang ada mengeluarkan bau yang sangat busuk. Mungkin disebabkan cuaca sejuk membuatkan ianya bertindakbalas dan menghasilkan bau yang tidak enak.

Sumber: Ohhmedia

Post a Comment

0 Comments