Facebook, Instagram dan Whatsapp Gagal Untuk Di Akses

Hari Ahad yang kurang senang bagi seluruh dunia apabila Facebook dilaporkan mengalami gangguan teknikal. Disebabkan itu, seluruh dunia mengalami masalah untuk mengakses akaun masing-masing termasuk lah Malaysia.

facebook and founder
Facebook, Instagram dan Whatsapp tidak dapat di akses seluruh dunia

Antara sosial media platform lain yang turut terjejas termasuklah Instagram dan WhatsApp. Ekoran dari masalah tersebut, pihak Facebook belum mengeluarkan sebarang komen. Anda boleh rujuk website downdetector.com unutk melihat kawasan yang terjejas.

Update: 9 malam - Facebook, Instagram dan WhatsApp kini beroperasi seperti biasa kembali.

Instagram dan Whatsapp Milik Facebook

Berikutan insiden tersebut, terdapat ribuan laporan mengenai gangguan untuk ketiga-tiga platform. Pada Ahad lepas (14 April), percubaan untuk mengakses Facebook dipenuhi dengan mesej ralat yang menyatakan bahawa laman web itu tidak dapat dicapai.

Percubaan untuk menghantar dan menerima mesej pada WhatsApp juga tidak dapat dilakukan. Semetara itu, Instagram feed juga gagal untuk dikemaskini walau beberapa kali cubaan dilakukan.

instagram feed tidak dapat dikemaskini
News Feed Instagram Gagal Di Kemaskini. Kredit - Amanz

Adakah anda hanya bergantung kepada social media platform ini untuk berhubung dengan kenalan? Atau ada alternatif lain? Kongsikan dengan kami buah fikiran anda!

P/S: Mujur twitter belum di beli oleh pihak Facebook, jika tidak kemungkinan perkara sama mungkin akan berlaku di masa hadapan

Post a Comment

0 Comments