Google, Facebook Bakal Buka Cawangan Di Utara Tanah Air

office google di malaysia
Foto: oeginteriors
Seperti yang semua sedia maklum yang Google dan Facebook sudah pun membuka cawangan mereka di Malaysia. Namun, berita ini mungkin mengejutkan ramai apabila mereka bakal membuat cawangan baru di utara tanah air iaitu Kulim, Kedah.

Bagi menjayakan pembangunan Kedah Digital yang diusahakan kerajaan negeri, beberapa jenama besar di Kulim Hi-Tech dan telah mengajak syarikat Google dan Facebook untuk membuka cawangan mereka di sana.

Namun, menurut Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Komunikasi dan Multimedia, Badan-Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri, Mohd Firdaus Ahmad, perancangan pembukaan pejabat baru itu masih lagi diperingkat perbincangan dan penelitian.

Foto: VulcanPost
Difahamkan, ini bukan kali pertama Kedah pernah membuka tawaran yang sama kepada syarikat Google untuk membuka cawangan di negeri tersebut. Apa pun, pembukaan cawangan syarikat besar itu sememangnya berita baik buat rakyat negeri tersebut dimana akan menawarkan lebih banyak peluang pekerjaan.

Sumber: Vitdaily

Post a Comment

0 Comments