Katedral Notre Dame di Paris terbakar

Warga Paris pada petang Isnin dikejutkan dengan kejadian kebakaran di bangunan bersejarah yang wujud sejak Zaman Pertengahan, Katedral Notre Dame.

Katedral Notre Dame

Punca insiden itu masih belum jelas, namun beberapa sumber rasmi memberitahu ia ada kaitan dengan kerja-kerja pemuliharaan bangunan yang sedang dijalankan di situ, lapor BBC.


Media sosial mula dibanjiri imej dan video yang menunjukkan asap berkepul naik ke udara dari bangunan dengan seni bina berciri Gothic berusia 850 tahun itu. Pihak berkuasa sedang giat menjalankan usaha untuk menangani kebakaran tersebut, sementara laluan di sekitar bangunan itu sudah ditutup dan dikawal.

Update: Jurucakap polis Paris memaklumkan kebakaran di Katedral Notre Dame pada Selasa kini terkawal.

Kebakaran yang terjadi sejak awal pagi ini telah menyebabkan puncak menara gereja besar yang dibina sejak kurun ke-13 itu tumbang dan merosakkan struktur bumbungnya.

Sumber: AstroAwani

Post a Comment

0 Comments