Malaysia Akan Ada Satu Lagi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah

Malaysia bakal mempunyai sebuah lagi syarikat penerbangan tambang rendah baharu menerusi penubuhan Citilink Malaysia Aviation Sdn Bhd.

Citilink Aviation Malaysia
Citilink Aviation Malaysia Syarikat Tambang Murah Ke-2
Syarikat penerbangan itu dijangka mula beroperasi dalam tempoh antara satu hingga dua tahun ini selepas mendapat Sijil Pengendali Udara (AOC) dari Lembaga Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Buat masa ini, syarikat itu akan beroperasi menggunakan AOC milik Citilink Indonesia dan bakal menawarkan penerbangan sulung dari Kuala Lumpur ke Phnom Penh, Kemboja pada suku kedua ini.

Penubuhan syarikat penerbangan itu direalisasikan menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara SMTrack Bhd dengan Dexma Express Sdn Bhd di sini. Selepas proses pengambilalihan itu dimuktamadkan, Dexma akan ditukarkan nama kepada Citilink Aviation Malaysia serta mendapatkan AOC dan lesen dan permit berkaitan lain bagi membolehkan syarikat penerbangan itu beroperasi.

Antara tawaran yang diberikan termasuklah bagasi 10 kilogram dan hidangan percuma dalam penerbangan.

Buat masa ini, syarikat penerbangan ini beroperasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang. Selain Phnom Penh, mereka juga merancang untuk menawarkan laluan baharu ke China pada masa akan datang.

Sumber: Berita Harian

Nampaknya AirAsia sudah ada pesaing. Ini suatu petanda yang baik bagi penyedia khidmat penerbangan tambang murah bagi menyediakan perkhidmatan dan tawaran yang terbaik untuk pengguna. Cayalah!

Post a Comment

0 Comments