Pandu Laju dan Microsleep Antara Faktor Nahas

Terlelap atau micro sleep adalah antara punca yang boleh menyebabkan kemalangan jalan raya, termasuk membabitkan kematian.

wanita mengantuk microsleep memandu kereta
Mengantuk ketika memandu amat berisiko
Pakar Psikologi Trafik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Dr Rozmi Ismail, berkata punca utama lain adalah memandu terlalu laju.

Terlelap atau micro sleep umpama ‘orang buta’ memandu kenderaan. Pemandu mungkin memandu laju dan tiba-tiba tertidur seketika atau mengalami micro sleep beberapa saat, maka kenderaan terus terbabas

Rozmi berkata, micro sleep tidak berlaku secara tiba-tiba, sebaliknya disebabkan pelbagai faktor lain, termasuk terlalu penat dan tidak cukup tidur, mungkin kerana bekerja mengikut syif.

Sebelum pemandu terlelap, mesti ada faktor lain kerana Allah mencipta sesuatu mesti dengan sebab tertentu. Mungkin juga pemandu tidak cukup tidur dan rehat atau bekerja syif. Bila letih, badan kita tidak boleh berfungsi dengan baik. Bila kita bawa kereta dalam keadaan rileks, maka badan kita akan cenderung ‘berehat’ dalam keadaan micro sleep, sekali gus menyebabkan kemalangan secara tiba-tiba.

microsleep fact sheet
Fakta Microsleep

Dari segi biologi dan lumrah Allah mencipta malam adalah untuk tubuh manusia berehat dan tidur. Sebab itulah bila malam, fungsi tubuh manusia berkurangan kerana kita bersedia untuk berehat dan tidur kecuali jika ambil ubat-ubatan tertentu atau bahan terlarang.

Sumber: Berita Harian

Post a Comment

0 Comments