Panduan Solat Sunat Tarawih

lelaki sedang solat

Maksud Tarawih

Tarawih bererti ‘istirehat’ manakala solat Tarawih pula bermaksud solat yang merehatkan. Dalam melaksanakannya, disunatkan duduk sebentar selepas salam sambil memperbanyak zikir pada setiap rakaat keempat dan dikerjakan dalam keadaan tenang, tenteram dan tidak tergesa-gesa menyelesaikannya.

Solat Tarawih adalah sunat muakkad yang boleh dilakukan secara berjemaah atau sendirian sama ada di rumah atau masjid pada malam-malam bulan Ramadan, di antara waktu selepas solat Isyak hingga ke sebelum fajar. Rasulullah SAW. bersabda;

Solat Tarawih boleh dilaksanakan dengan setiap dua rakaat satu salam, sekurang-kurang 4 kali dan disambungkan dengan solat Witir tiga rakaat atau boleh juga dilakukan 2 kali empat rakaat berdasarkan hadis daripada Aisyah yang berkata:

Rasulullah SAW tidak pernah mendirikan solat malam melebihi 11 rakaat, baik pada Ramadhan mahupun bulan lainnya, beliau mendirikan empat rakaat yang sangat panjang, kemudian empat rakaat lagi yang panjang, selepas itu solat tiga rakaat. (Riwayat Bukhari).

Bacaan Surah Sesudah membaca Al Fatihah pada setiap rakaat, lalu membaca ayat-ayat atau surah daripada Al Quran, tidak kira pendek atau panjang, atau berulang-ulang, asalkan bacaan itu betul dan solat ini dibuat dengan cermat.

1. Sebaik-baik surah yang dibaca selepas al-Fatihah pada solat Tarawih ialah satu juzuk daripada al-Quran pada setiap malam seperti kelaziman seseorang yang hafaz al-Quran (al-Hafiz).

2. Setelah membaca surah Al-Fatihah, bacalah sebarang surah lazim yan diketahui. Pada raka’at kedua ada baiknya membaca surah al-Ikhlas 3 kali.

3. Kebanyakan orang biasanya hanya membaca surah-surah lazim. Berikut adalah cara tersusun membaca surah lazim Solat Sunat Tarawih lapan rakaat; Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat
Jadual Surah Solat Tarawih Lapan Rakaat

  • Rakaat 1 - Surah At Takaatsur
  • Rakaat 2 - Surah Al Ashry 
  • Rakaat 3 - Surah Al Humazah
  • Rakaat 4 - Surah Al Fiil
  • Rakaat 5 - Surah Al Quraisy
  • Rakaat 6 - Surah Al Ma’uun
  • Rakaat 7 - Surah Al Kautsar
  • Rakaat 8 - Surah Al Kaafiruun
Bacaan Sebelum Menunaikan Solat Sunat Tarawih

bacaan-sebelum-menunaikan-sola-sunat-tarawih

Cara Melakukan Solat Sunat Tarawih Lapan Rakaat

1. Niat

lafaz-niat-solat-sunat-tarawih

2. Mulakan Solat Sunat Tarawih (Rakaat Pertama dan Kedua)

rakaat-pertama-kedua-solat-sunat-tarawih

3. Mulakan Solat Sunat Tarawih (Rakaat Ketiga dan Keempat)
rakaat-ketiga-keempat-solat-sunat-tarawih
rakaat-ketiga-keempat-solat-sunat-tarawih-1

4. Mulakan Solat Sunat Tarawih (Rakaat Kelima dan Keenam)

rakaat-kelima-keenam-solat-sunat-tarawih

5. Mulakan Solat Sunat Tarawih (Rakaat Ketujuh dan Kelapan)

rakaat-ketujuh-kelapan-solat-sunat-tarawih
rakaat-ketujuh-kelapan-solat-sunat-tarawih-2

6. Apabila selesai mendirikan 8 raka’at Solat Tarawih, membaca doa berikut:

doa-selepas-solat-sunat-tarawih-4

Sambung kepada : Panduan Solat Sunat Witir

Post a Comment

0 Comments