Petronas Introduce E-Wallet Setel Untuk Isi Minyak

Petronas Dagangan Bhd (PDB) telah perkenalkan Setel, e-wallet pertama di Asia Tenggara untuk pembelian petrol secara terus dari smartphone. Awesome bukan?

Berbeza daripada kaedah pembayaran elektronik Petron yang menggunakan platform WeChat Pay, sistem milik Petronas ini direka untuk penggunaan bersepadu terus kepada pam minyak – disifatkan yang pertama di Asia Tenggara (Paultan, 2018).

Dengan menggunakan applikasi ini, anda tidak perlu lagi menuju ke kaunter, beratur dan membayar seperti yang biasa dilakukan.

setel applikasi baru untuk isi minyak di pertonas

Kini, hanya dengan menekan beberapa butang di aplikasi Setel, anda boleh pam minyak dengan senang hati. Buat masa ni, hanya Petronas sahaja yang menyediakan fungsi ini.

Mungkin di masa akan datang, Setel mungkin akan melebarkan sayapnya ke pembekal-pembekal bahan api yang lain seperti Shell, Petron dan sebagainya.

Anda hanya perlu download aplikasi Setel ini di Google Playstore atau Apple App Store dan ianya percuma.

Bagi mereka yang tinggal atau bekerja di sekitar Lembah Klang, majoriti stesyen Petronas telah menyediakan fungsi ini. Anda boleh check lokasi stesyen Petronas yang available di sini.

Kelebihan Setel E-Wallet Petronas

kelebihan aplikasi setel mengisi petrol di petronas
  1. Tak peru beratur "Q" untuk mengisi minyak
  2. Tebus point kad mesra tanpa perlu bawa kad tersebut. Segala ada dalam Setel
  3. Boleh keep track perbelanjaan petrol di smartphone anda sahaja 
  4. Tak perlu tinggalkan anak anda di dalam kereta ketika beratur
  5. Boleh print e-reciept untuk claim mileage
  6. Selain pembelian petrol, pengunjung juga boleh membeli barang di Kedai Mesra di pam minyak secara terus. Tidak perlu untuk masuk ke kedai
Anda boleh tengok review cara guna Setel untuk mengisi minyak di link video di bawah. Selamat mencuba!

Download Setel Sekarang


Setel menawarkan Cashback 10% untuk pengguna yang mengisi minyak menggunakan aplikasi tersebut. Boleh rujuk promo campaign di sini.

Post a Comment

0 Comments