Semakan Keputusan UPU Online 2019-2020 Lepasan SPM Setaraf


Calon lepasan SPM Setaraf dan STPM Setaraf yang memohon untuk sambung pengajian ke IPTA Universiti Awal, Politeknik Premier, Konvensional/METrO, Kolej Komuniti dan ILKA bagi sesi akademik 2019/2020 boleh mendapatkan maklumat keputusan dan status permohonan melalui artikel ini.

Tarikh Penting

INFO 1: Sistem Semakan Panggilan Temuduga Universiti Awam dan Politeknik

Calon yang terlibat dengan semakan termuduga adalah pemohon yang memilih program pengajian bertanda "#" dalam sistem pemilihan program semasa mengisi UPUOnline.

Semakan Dibuka Masa
12 April 12 tengah hari

Sila klik pada universiti awam masing-masing ketika tarikh semakan dibuka

INFO 2: Semakan keputusan dan tawaran universiti awam/ Politeknik Premier/ Konvensional/ METrO/ Kolej Komuniti/ ILKA

Sila rujuk tarikh pengaktifan hebahan UPU yang rasmi - 5 Mei. Bagi permohonan yang berjaya, maklumat pengesahan dan cetakan surat tawaran akan dipaparkan dalam sistem aplikasi semakan. Semakan UPUOnline


Calon berkemungkinan akan menghadapi kesukaran untuk mengakses lama sistem aplikasi semakan berikutan capaian yang dibuat ke atas laman berkenaan adalah terlalu tinggi pada satu-satu masa. Oleh itu, calon boleh membuat semakan dengan menggunakan mana-mana semakan alternatif UPUOnline seperti dibawah.

Semakan secara SMS


Semakan SMS untuk Universiti Awam dan Politeknik Premier
Taipkan: UPU (jarak) RESULT (jarak) No Kad pengenalan dan sms ke 15888

Semakan untuk Politeknik Konvensional/ METrO/ Kolej Komuniti/ ILKA (TVET)
Aplikasi UPUPocket - Boleh dimuat turun di Play Store untuk pengguna Android
INFO 3: Permohonan e-Rayuan UPU

Permohonan ini dibuka pada tarikh yang sama keputusan UPU dikeluarkan.

Rayuan Dibuka Rayuan Ditutup
5 Mei 10 Mei

Sila klik - Sistem Aplikasi Permohonan Rayuan UPU Online Lepasan SPM Setaraf
INFO 4: Keputusan Permohonan e-Rayuan UPU

Permohonan ini dibuka pada tarikh yang sama keputusan UPU dikeluarkan.

Semakan Dibuka Semakan Ditutup
Minggu ke 5 Jun 2019 Tidak dimaklumkan

Untuk lepasan STPM, anda boleh rujuk di sini. Sekian dan semoga maju jaya!

Sumber: mysumber

Post a Comment

0 Comments